Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia
pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan
kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia
berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.
Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya
lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi
tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.
Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang
wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki
terpancar melalui :
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri –
tanpa sedikit keterpaksaan.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh
bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi
kekasih/isterinya.
Dia mencemburi kekasih/isteri – lantaran itu dia akan
mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan
cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan
kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak
menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil
utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan
apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada
kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.Lelaki
yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam percintaanya pasti tidak akan melayan
perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa
pengetahuan kekasih atau isterinya.
